4/23/09

Komponen Elektronik


Litar Bersepadu - IC
  • dikenali IC (intergrated circuit).
  • juga dikenali sebagai serpihan.
  • terdiri daripada pemuat, perintang tetap dan transistor.
  • kaki - kakinya disambung menggunakan wayar emas.
  • dipasang bersama soketnya.
  • terdapat 8 kaki iaitu:
  1. bumi
  2. picu
  3. keluaran
  4. set semula masa
  5. voltan kawalan
  6. ambang
  7. nyahcas
  8. punca positif
  • terdapat litar pemasa 555 dan litar muzik.




Geganti
  • suis kawalan pada litar berarus tinggi.
  • berdasarkan aruhan magnet.
  • terdapat dua jenis geganti iaitu geganti kutub tunggal satu arah (SPST), dan geganti kutub tunggal dua arah (SPDT).

Suis Mikro
  • menyambung atau memutuskan litar.
  • juga bertindak sebagai suis tekan buka dan suis tekan tutup.
  • terdapat 3 kaki iaitu COM (common), NO (normally open) dan NC (normally close).



Mikrofon
  • mengesan gelombang bunyi dan menukarkannya kepada gelombang elektrik.
  • terdiri daripada tranduser (menukar gelombang bunyi kepada gelombang elektrik), litar elektronik (meninggikan gelombang elektrik) dan penghadang angin.
  • terdapat 3 jenis mikrofon iaitu jenis gegelung bergerak, jenis pemuat dan jenis kerbon.



Pembesar Suara
  • menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi.
  • terdiri daripada magnet kekal, teras besi, gegelung,diafragma, kerangka, dan tamatan.
  1. gelombang elektrik akan melalui tamatan ke gegelung.
  2. gegelung akan menghasilkan medan magnet dan magnet kekal akan bertindak.
  3. hasil tindak balas ini akan menyebabkan diafragma bergetar dan menghasilkan bunyi.


Diod Pemancar Cahaya - LED
  • menghasilkan cahaya.
  • menggunakan 1.7V hingga 3V.
  • membenarkan arus mengalir dalam satu arah sahaja.
  • tidak berfilamen.
  • mempunyai dua kaki iaitu anod dan katod.
  • kaki anod bercas positif (+) dan kaki yang panjang.
  • kaki katod bercas negatif (-), kaki yang pendek, hampir di bahagian yang rata dan bersambung dengan cabang berbentuk bendera.



Perintang Peka Cahaya - LDR
  • sejenis rintangan.
  • nilai rintangannya mengikut kadar cahaya.
  • semakin gelap semakin tinggi kadar rintangannya.
  • dibuat daripada bahan separa pengalir seperti germanium dan selenium.
  • terdapat 3 lapisan iaitu lapisan lut sinar, lapisan aloi selenium dan lapisan besi.


Perintang
  • mengawal dan mengehadkan aliran arus elektrik.
  • terdapat 2 jenis : perintang tetap dan perintang boleh laras.


Suis
  • menyambung dan memutuskan litar elektrik.
  • terdapat suis togel, suis tekan buka dan suis tekan tutup.
  • Suis Togel mempunyai dua jenis iaitu suis satu kutub satu arah (SKSA) dan suis satu kutub dua arah (SKDA).
  • Suis Tekan Buka biasanya digunakan pada lampu di peti sejuk.
  • Suis Tekan Tutup biasa digunakan seperti di suis lampu, suis loceng rumah dsb.

Kapasitor (Pemuat)
  • menyimpan dan membuang cas elektrik.
  • terdapat 2 jenis iaitu kapasitor berkutub (kapasitor elektrolitik dan kapasitor tantalum) dan kapasitor tidak berkutub (kapasitor seramik dan kapasitor mika).


Transistor
  • meninggikan arus, voltan dan juga kuasa.
  • boleh digunakan sebagai suis.
  • terdapat 3 kaki iaitu pemancar(e), pemungut(c), dan tapak(base).
  • terdapat transistor PNP(CS9012 , SC945) dan transistor NPN(CS9013 , CS9018 , BC108 , BC109).

Buzer
  • menghasilkan bunyi.
  • digunakan sebagai pengera.
  • menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi.
  • terdapat 2 jenis iaitu buzer piezo dan buzer elektromagnet.