Litar Bersepadu - IC
- dikenali IC (intergrated circuit).
- juga dikenali sebagai serpihan.
- terdiri daripada pemuat, perintang tetap dan transistor.
- kaki - kakinya disambung menggunakan wayar emas.
- dipasang bersama soketnya.
- terdapat 8 kaki iaitu:
- bumi
- picu
- keluaran
- set semula masa
- voltan kawalan
- ambang
- nyahcas
- punca positif
- terdapat litar pemasa 555 dan litar muzik.
Geganti
- suis kawalan pada litar berarus tinggi.
- berdasarkan aruhan magnet.
- terdapat dua jenis geganti iaitu geganti kutub tunggal satu arah (SPST), dan geganti kutub tunggal dua arah (SPDT).
Suis Mikro
- menyambung atau memutuskan litar.
- juga bertindak sebagai suis tekan buka dan suis tekan tutup.
- terdapat 3 kaki iaitu COM (common), NO (normally open) dan NC (normally close).
Mikrofon
- mengesan gelombang bunyi dan menukarkannya kepada gelombang elektrik.
- terdiri daripada tranduser (menukar gelombang bunyi kepada gelombang elektrik), litar elektronik (meninggikan gelombang elektrik) dan penghadang angin.
- terdapat 3 jenis mikrofon iaitu jenis gegelung bergerak, jenis pemuat dan jenis kerbon.
Pembesar Suara
- menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi.
- terdiri daripada magnet kekal, teras besi, gegelung,diafragma, kerangka, dan tamatan.
- gelombang elektrik akan melalui tamatan ke gegelung.
- gegelung akan menghasilkan medan magnet dan magnet kekal akan bertindak.
- hasil tindak balas ini akan menyebabkan diafragma bergetar dan menghasilkan bunyi.
Diod Pemancar Cahaya - LED
- menghasilkan cahaya.
- menggunakan 1.7V hingga 3V.
- membenarkan arus mengalir dalam satu arah sahaja.
- tidak berfilamen.
- mempunyai dua kaki iaitu anod dan katod.
- kaki anod bercas positif (+) dan kaki yang panjang.
- kaki katod bercas negatif (-), kaki yang pendek, hampir di bahagian yang rata dan bersambung dengan cabang berbentuk bendera.
Perintang Peka Cahaya - LDR
- sejenis rintangan.
- nilai rintangannya mengikut kadar cahaya.
- semakin gelap semakin tinggi kadar rintangannya.
- dibuat daripada bahan separa pengalir seperti germanium dan selenium.
- terdapat 3 lapisan iaitu lapisan lut sinar, lapisan aloi selenium dan lapisan besi.
Perintang
- mengawal dan mengehadkan aliran arus elektrik.
- terdapat 2 jenis : perintang tetap dan perintang boleh laras.
Suis
- menyambung dan memutuskan litar elektrik.
- terdapat suis togel, suis tekan buka dan suis tekan tutup.
- Suis Togel mempunyai dua jenis iaitu suis satu kutub satu arah (SKSA) dan suis satu kutub dua arah (SKDA).
- Suis Tekan Buka biasanya digunakan pada lampu di peti sejuk.
- Suis Tekan Tutup biasa digunakan seperti di suis lampu, suis loceng rumah dsb.
Kapasitor (Pemuat)
- menyimpan dan membuang cas elektrik.
- terdapat 2 jenis iaitu kapasitor berkutub (kapasitor elektrolitik dan kapasitor tantalum) dan kapasitor tidak berkutub (kapasitor seramik dan kapasitor mika).
Transistor
- meninggikan arus, voltan dan juga kuasa.
- boleh digunakan sebagai suis.
- terdapat 3 kaki iaitu pemancar(e), pemungut(c), dan tapak(base).
- terdapat transistor PNP(CS9012 , SC945) dan transistor NPN(CS9013 , CS9018 , BC108 , BC109).
Buzer
- menghasilkan bunyi.
- digunakan sebagai pengera.
- menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi.
- terdapat 2 jenis iaitu buzer piezo dan buzer elektromagnet.